Tuesday, July 29, 2008

Titik Intelektual....Buka Kalam..


Pemikiran mendasari seseorang manusia dalam mengetengahkan idea-idea seorang pemikir.Berdasarkan agama,logic akal dan pentakrifan maklumat untuk menginterpertasi sesuatu makna.Jika tajuk yang ingin difikir ialah 'intelektual kita'.Sejauh mana keintelektualan kita dalam mengetengahkan subjek bagi bagi topik ini berdasarkan hujah-hujah dan nas-nas yang diperas melalui jangkauan pembacaan,ingatan dan rumusan fakta oleh sang otak.Setiap induvidu pasti berfikir,apakah makhluk ini sedar aku membaca blognya dengan mendasari pemikiran-pemikirannya.Kapan harus bagaimana lagi nas-nas dan pemikiran ini harus berfungsi dan diketengahkan?maka Allah S.W.T melahirkan ilham mahupun dalam arti kata lain 'turning point' kepada hamba-hambanya.Hasilnya pembuka bicara bagi 'ManaKarma' ini.
Sememang pemikiran manusia ini melahirkan bukti-bukti bagi apa yang ingin disampaikan.'Is it sense?'ujar kawanku Travis.Untuk apa diwujudkan pemikiran?harus diingat sejak kecil kita dimomok dengan 3 aspek ini iaitu sosial,politik dan ekonomi.3 aspek ini hasil asuhan didikan asas barat yang kita lalui dari lampin hingga ke seluar atau kain dan 3 aspek ini dalam satu makna pada hari ini iaitu 'wang'.Is it sense?ujar Travis.Maka lahirlah aspek-aspek manusia yang mengaku moden dengan hujah-hujah tajam seperti kilat.Maka dengan tuhan baru bagi manusia kini mejangkau kita.Adakah kita sedar bahawa duit sedang gelak ketawa terbahak-bahak memerhatikan keleteh manusia.Universiti?Universal?Universe?Versal?masih logik tempat universiti berdasarkan akta perjanjian Geneva sebagai tempat 'neutral'.Namanya sudah bisa dipertikaikan apatah lagi pengisiannya yang akan dihasilkan melaluinya,adakah manis-manis,enak-enak,masam-masam atau pun busuk hangit.Cendekiawan-cendiakawan dihasilkan untuk pekerjaan atau masa depan?bukankah apa yang kita mahu ialah pemikirannya?Mana perkara ini kini?Mana Karma?adakah wang atau manusia yang kita perlukan?ambil contoh isu politik pada masa kini,semua orang bercakap pandai tentang politik sedangkan isi mahupun pengalaman politiknya 'o'.Mahukah kita jadi seperti rakyat-rakyat Amerika yang suatu ketika dahulu obses tentang politik dan mula meresapi budaya.Ambil bidalan melayu'Buruk muka cermin dibelah'.Positifnya,tahniah kerana melahirkan keperihatinan anda tentang politik tanah air dalam ertikata lain iaitu kuasa.Transkripsi-transkripsi melayu berbalut berkotak cermin dinegara,Batu Putih di jadikan titik hitam negara,apa lagi yang kita perlu?'turning point' ini perlu diperasap perlimau lagi saban malam bagi mudah berpencak di arena baru ini.Orang muda bisa mengeluarkan idea-idea maka peramas penetu idea ini sudah tentu golongan tua kerana aku kata ini atas dasar aku bisa tua satu hari nanti.Jika konkulusi ini kalian tentukan sendiri akan hujungnya..........